REFLEKSI INDIVIDU
PENULISAN REFLEKSI GKK 1043 KESAN SENAMAN TERHADAP FISIOLOGI BADAN MANUSIA Ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan atau lebih dikenali sebagai ‘SEGAK’ secara ringkasnya telah diilhamkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2005 yang mana bertujuan untuk memastikan seseorang itu sentiasa peka, berpengetahuan serta mengamalkan aktiviti kecergasan untuk meningkatkan dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal berdasarkan kesihatan yang optimum. Syukur ke hadrat ilahi, saya dan rakan sekelas unit Tesl 1 telah berjaya mengendali dan menjalani ujian ini dengan baik dan lancar pada hari rabu 11 September 2019. Dengan ini, saya telah berjaya melengkapkan kerja kursus Kesihatan dan Kecergasan Diri (GKK 1043) ini yang mana telah ditugaskan kepada siswa guru di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah GKK saya iaitu Encik Ahmad Jalani Bin Halus kerana telah banyak membantu saya dalam m