MOM
Ibu merupakan insan yang paling setia, yang paling memahami, sangat cantik dan sentiasa mengambil berat terhadap kita, anak - anaknya. Jadi, jangan pernah lepaskan peluang untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu kita masing-masing. Sebab apa?? Kerana ibulah punca kita hidup di dunia yang indah ini dan sebab kita rasa selamat dan bahagia. Begitu juga dengan saya, ucapan " terima kasih ibu " adalah perkataan yang saya harap dapat diucapkan kepada ibu saya pada setiap hari dan masa. Kepada Puan ROSNANI BINTI ABDULLAH, sangat susah untuk atif memilih perkataan yang menggambarkan semua perasaan atif terhadap umi. Tiada perkataan yang dapat menggambarkan indahnya kewujudan umi dalam hidup atif. Walaupun atif tidak pernah beritahu betapa penting dan istimewanya umi dalam hidup atif, tetapi saya sangat sangat sangat sangat bersyukur terhadap kurniaan Allah ini yang menghantarkan umi dalam hidup atif. Atif sangat gembira dan bersyukur dengan umi dan jutaan terima kasih kerana telah banyak mendidik atif menjadi orang yang berguna. Ya, tidak dinafikan kita sering bertengkar kerana perangai dan ego saya yang tinggi. Atif memohon ampun daripada umi kerana sentiasa mengecewakan umi dan membuat umi risau terhadap perangai atif. Atif berjanji akan berubah ke arah yang lebih baik dan akan belajar dari kesilapan yang lalu. Terima kasih kerana telah banyak membantu saya menghadapi segala cabaran dalam kehidupan. Apabila atif jatuh dan menangis, umilah yang selalu ada di samping atif dan memberi sokongan yang sangat banyak kepada atif. Kerana umi, atif menjadi kuat dan sabar. Kasih sayang umi kepada atif tidak akan pernah sama dengan manusia yang lain dan kadang-kadang Atif rasa tidak layak untuk menerima kasih sayang umi....Untuk itu,, atif sayang umi sangat sangat. I LOVE YOU 3000 <3
Comments
Post a Comment